Inspiring lose weight stories

Have a big WHY

Assalamualaikum...
Harap semuanya sihat & ceria mengharungi hari-hari yang lalu
& akan datang....InsyaAllah

Lama tidak menulis di ruang ini...
Hari ni terdetik mahu berkongsi sesuatu dengan semua

Pagi tadi saya menjalankan satu sesi rundingan bersama seorang kakak.
Selepas jalankan body analysis, saya terangkan keadaan tubuhnya
emmm... dia serius perlu menurunkan berat badannya sebelum terlambat.
"Kakak serius nak turunkan berat badan ni?"
"Bila akak nak mula turunkan berat badan?"
Dengan tersengeh-sengeh akak ni menjawab...
"Biarlah dulu Wan.... Akak fikir dulu...Akak takut akak tak konsisten"

"Ok... Akak teruskanlah fikir selama yang akak nak." saya jawab gitu.
"Bila kakak ready, kakak boleh contact saya semula."

Ada lesson yang saya blaja daripada kakak ni pagi tadi...

Tabiat manusia...
Biar macam mana besar pun kenyataan yang dihadapkan di depan mata,
selagi tak terantuk, tertumus, terasa sakit
selagi itulah manusia akan tangguh, tangguh, tangguh dan terus tangguh.

Pernah anda tanya soalan ni
"When is the BEST now for me to be healthy?"
"Bilakah sekarang yang TERBAIK untuk aku menjadi sihat?"




Menurut T. Harv Eker, seorang Financial Trainer
The BEST now is NOW!
Sekarang yang TERBAIK adalah SEKARANG!

Kita tak tahu bila sakit akan datang
Kita tak tahu bila darah tinggi akan menjengah kita
Kita tak tahu bila kencing manis akan datang menyerang
Kita juga tidak tahu bila masanya sel kanser sedang membiak dalam tubuh kita
Esok kah? Lusa kah? Sekarang kah?

Jadi.. Mengapa harus tunggu?
Mengapa harus tangguh?
Masalah kita sihat atau tidak masalah kita, bukan masalah orang lain!

Ask yourself, WHY I need to be healthy NOW?

When YOU really have a big WHY, then your HOW will be easy...
Bila anda mempunyai MENGAPA yang jelas, BAGAIMANA (caranya) akan menjadi mudah

Think bout it!
Fikirkan!

Ya. Benar semuanya telah ditakdirkan Tuhan untuk kita...
Tapi harus diingat...
1. Firman Allah "Aku akan sentiasa membantu kaum yang sentiasa berusaha."
2. Salah satu tanda hamba yang bersyukur adalah Ia menjaga setiap nikmat yang diberikan Allah kepadanya.

Janji Allah itu benar.
Jika kita berusaha dgn sungguh-sungguh untuk sihat, kita akan sihat.
Jika kita sungguh-sungguh menjaga nikmat sihat, itu tanda kita hambaNya yang bersyukur.

What's your next step?
Get your consultation NOW!

Eat healthier, Live longer!



0 comments:

Catat Ulasan