Inspiring lose weight stories

"If  you want things to change,
YOU have to change"
-Jim Rohn-

"Jika anda mahu sesuatu berubah,
ANDA perlu berubah"
-Jim Rohn-

Mari kita renungkan....

Seorang pegawai baru ditukarkan ke tempat kerja yang baru...
Di tempat baru, pastilah ada orang lama @ senior.
Staf-staf yang dah lama berkhidmat di tempat tersebut @ otai kata orang skarang.
Otai-otai ni for sure lah dah ada budaya & cara kerja mereka sendiri.
Ada 'bad & good habit' mereka sendiri juga.
Dah lama kerja la kata...

Ada satu habit yang dari dulu sampai skarang tak berubah-ubah dan 
tak pernah dapat diubah oleh mana-mana bos sebelum ni....
Otai-otai ni tak punctual mula kerja
8.30 patut dah mula kerja,
tapi 8.30 dok melepak kat kafe lagi
minum pagi alasannya!

Si pegawai baru ni seawalnya dah pun mendapat crita-crita panas tentang otai-otai ni
Bad habit diaorang yang satu ni memang jadi bualan hangat!

Dari hari pertama di tempat baru,
si pegawai baru ni join minum pagi dengan staf-staf otai ni setiap pagi.
Si pegawai makan sambil sembang-sembang dengan staf-staf otai.
Macam-macamlah yang disembangkan.
Cuma satu benda yang tak pernah disentuh si pegawai baru.
Bab masuk kerja lambat.

Bila jam hit je 8.20 pagi,
si pegawai baru pon angkat punggung,
berangkat naik ke ofis.
Setiap hari begitu.
"Eh, 8.20 dah ni. Saya naik dulu ya."

Dari hari pertama ke minggu pertama.
Tiada sebarang perubahan pada staf-staf otai.
Masih juga 8.30 pagi di kafe.

Masuk minggu kedua,
Seorang staf mula mengikut si pegawai baru angkat punggung dari bangku kafe bila jam hit 8.20 pagi
Kemudian seorang lagi
Kemudian tambah seorang lagi
Masuk bulan pertama, jam hit je 8.20pagi,
Semua staf-staf otai dengan sendirinya angkat punggung dari bangku kafe, ke bangku ofis.

So, moral of the story nya?
Kebanyakkan perkara di sekeliling kita tak dapat kita kawal & ubah.
Tapi... kita masih mampu dan boleh kawal diri kita sendiri.
Once kita ubah diri kita, automatically, slowly things around us will change.

Therefore,
"If you want things to change,
YOU need to change!"
-Jim Rohn-

Action speaks louder than words.



0 comments:

Catat Ulasan