Inspiring lose weight stories

Diet

Entri hari ni berkenaan DIET....

Bila orang nak turun berat badan, statement ni selalu kita dengar...
"I diet hari ni."

Secara automatiknya si pendengar akan faham.
Si pengucap tadi tak mahu makan tau maybe juga puasa! 
Tak mau makan langsung semata-mata nak jaga berat badan kononnya.

Sejauh mana anda sedar dan faham apa itu DIET yang sebenar?


Kesian kadang-kadang saya lihat orang yang berusaha ber'diet' 
kononnya untuk turun berat badan atau 'maintain' berat badan.

Membuta tuli saja menzalimi diri (tak makan) semata-mata untuk kurus @ cantik.
Kesian, kesian....

Pesan saya, nak buat sesuatu, biarlah dengan ilmu.
Barulah usaha kita berhasil dan bawa faedah pada diri.

Dengan ilmu yang Allah kurnia ni ingin saya memperbetulkan tanggapan orang ramai tentang diet.

DIET = Mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh setiap hari pada kuantiti yang betul.
Inilah erti DIET sebenar.

Jika anda antara individu yang mengamalkan CRASH diet @ skip waktu makan @ carbo diet @ protein diet @ apa saja jenis diet yang menyebabkan tubuh anda tidak mendapat nutrisi pada kuantiti yang diperlukan setiap hari, maka sedarlah anda sebenarnya mengamalkan diet yang tidak betul!

Diet sebenar antaranya akan memberikan tubuh anda:
  • tenaga yang berpanjangan
  • kandungan lemak badan yang sihat
  • membantu meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit
  • meningkatkan kesihatan penghadaman
  • membina sel & otot yang sihat
  • mengekalkan bentuk tubuh yang langsing
Oleh itu, perbetulkanlah amalan diet anda sebelum terlambat. 


Eat healthier, Live longer!








2 comments:

  1. Tanpa Nama berkata...:

    wah!tahniah!
    ni la org2 yg org pemakanan perlukan..
    xla penat kaunseling, tp zero..huhu
    by the way, good luck n all the best wan..
    semoga sentiasa menjaga kesihatan diri yer..
    maintain berat bdn smpai kwin..hehe

  1. Terima kasih ahli pemakanan.... =)
    Harap dapat selalu kunjungi blog saya dan berkongsi info sihat di sini.
    Mudah-mudahan juga info ini dapat membantu mereka yang memerlukan.
    Eat healthier, Live longer!

Catat Ulasan