Inspiring lose weight stories

Dulu - Sebelum - Selepas

Salam....
Diharap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Erm.... pernahkah anda bertanyakan diri anda  'Adakah saya sihat seperti yang saya inginkan?'
Sekadar berkongsi cerita....

Dulu...
Sejak usia remaja, saya memang sudah mengalami masalah berat badan. Al maklumlah... Usia remaja ni masa tubuh kita mengalami tumbesaran & transisi yang sangat cepat khasnya bagi remaja perempuan. Same things goes to me! This is the time where growth hormone starts to play its role. Jadinya, berat badan pun bertambah seiring pertambahan umur.... Makin bertambah umur, bertambahlah juga berat badan saya. Kalau diingat-ingat, zaman sekolah dulu tak rajinlah turun berat. Bertambah je memanjang. Sure ramai juga yang mengalami pengalaman yang samakan?....



Bila masuk alam universiti, aktiviti dah makin padat. Schedule kelas tu jangan cakap la. Start 8pagi sampai la ke lewat petang. Kadang-kadang, malam pun masih ada kelas. Plus musim exam lagi la jangan cerita. Makan pun kadang-kadang tak sempat. Belasah je apa yang ada. Last-last yang terima akibat siapa? Badan sendiri juga! Lagi bertambah-tambah chubby dan tembam la jawabnya. 

63kg. Sungguh BAM-BAM!

Bila usia menjangkau 25 tahun, kesedaran mula timbul. Apatah lagi bila tengok kawan-kawan semakin anggun jelita, slim lagi.... tercabar pula rasanya. Ahaks! Perasaan mahu slim pun mula mengetuk-ngetuk pintu hati. Tambah pula sejarah keluarga serba lengkap dengan salasilah penyakit berangkai. Apa lagi kalau bukan kencing manis & darah tinggi. Saya mula terfikir soalan tadi. "Adakah aku sihat sejahtera seperti yang aku inginkan?" Jawapannya... tentu sekali "TIDAK!". "Apa nasib aku kalau aku biarkan diri aku macam ni tanpa apa-apa usaha?" Jawapan yang pasti, terang lagi bersuluh... "Sampai masa, tentu aku akan mewarisi diabetis & darah tinggi, penyakit warisan mak dan ayahku".

"Apa yang  patut aku buat sekarang?
Aku tidak mahu mewarisi penyakit warisan itu secepat ini... Ya.... Benar sihat dan sakit itu ketentuan Allah. Namun Allah juga berpesan setiap nikmat sihat yang diberiNya wajib dijaga kerana Allah benci hamba yang menzalimi diri sendiri. Orang yang tidak berusaha menjaga kesihatannya, samalah seperti orang yang menzalimi diri sendiri." Cuba kita renungkan...

Saya sangat bersyukur kerana gerak hati dan niat memperbaiki kesihatan Allah datangkan sebelum semuanya terlewat. Alhamdulillah juga, usaha yang saya buat untuk menurunkan berat badan, dimudahkan Allah. Setahun lamanya saya berusaha. Bersenam, aerobik, jogging, diet antara yang saya amalkan. Daripada 63kg, berat badan saya turun kepada 49kg. Alhamdulillah...

49kg- letih-rambut gugur-kitar haid tidak normal
Berubah daripada saiz XXL kepada S memang sesuatu yang tidak dapat disembunyikan daripada perhatian umum. Pantang berjumpa, sesiapa saja pasti bertanya " What happen to you?" or " What did you do to yourself?" dan soalan yang paling tidak dapat dilupakan... "Kamu sakit kanser ke along?". "Ha?!", terpaku saat ditanya begitu oleh makcik Pe'ah ketika pulang bercuti..

Perasaan gundah bersarang lagi di hati. Niat hati menurunkan berat mahu lebih sihat. Tapi bila ada yang menyangka saya sakit, itu bukanlah yang diharapkan. Kata-kata adalah doa. Minta dijauhkan perkara yang macam tu (sakit kanser). Saya memandang ke cermin. Dengan berat 49kg, muka saya kusam, letih dan penat. Mungkin kerana itu ada yang menyangka saya sakit. Kitar haid  jadi tidak tetap sejak saya turun berat badan. Rambut juga gugur dengan teruk. Saya mula berfikir..."Am I doing the right think? I supposed to be healthy. But why people saying I'm not?" Persoalan ini selalu menyusahkan hati saya.

Pertemuan dengan Kak Hae petang itu, merungkai persoalan yang selama ini menggusarkan hati saya. Selepas sesi rundingan, saya memulakan program nutrisi. Saya mula sedar, nutrisi seimbang sangat penting bagi mengekalkan kesihatan yang optimum.  Dengan bantuan, sokongan dan tunjuk ajar Kak Hae sebagai coach, Alhamdulillah.... 1 minggu pertama dalam program, tenaga saya luar biasa berbeza. Saya lebih cergas! Selepas 1 bulan, masalah rambut gugur berkurang, kulit muka saya menjadi lebih cerah dan paling menggembirakan hati, kitar haid saya kembali normal! Saya sangat gembira dengan perubahan ini! Tiada lagi teguran seperti... " Wan, kamu sakit ke?".Yang ada cuma teguran positif rakan-rakan, " Wan, kamu nampak segar dan bertenaga." Ada juga berkata " Tak percayalah Wan sebelum ni 63kg!".

Cergas bertenaga- Rambut gugur berkurang-Kitar haid kembali normal
So, moral of the story, get your nutrition for better health and life.

Turun berat badan semata-mata bukanlah petunjuk yang tepat untuk menyatakan anda seorang yang sihat.

Sihat bererti tubuh anda mendapat nutrisi yang diperlukan setiap hari!

Jangan malu mendapatkan nasihat dan bantuan sekiranya anda tertanya-tanya "Apa yang patut aku buat untuk memperbaiki kesihatanku sekarang?"

Eat healthier, Live longer!

















0 comments:

Catat Ulasan