Inspiring lose weight stories

Jadilah manusia eksport

Bismillah....
As salam...
Tetiba terngiang-ngiang perkongsian Prof Dr Muhaya kat radio IKIM.
Terpanggil lak nak share dengan semua.
Kata Prof Muhaya, "Manusia ni ada 2 jenis; 1. Manusia Import, 2. Manusia Eksport."
Manusia pun ada import eksport? Ingatkan barang je....* muka heran*

Manusia import
Import = bawa masuk / terima.
So, according to Prof Muhaya, manusia import ni jenis orang yang asyik suka nak terima je.... Tak penah nak memberi. Orang macam ni akan asyik berasa tak cukup. Dalam kata lain greedy. Manusia import ni suka kumpul semua benda untuk diri dia sendiri. So bila sesuatu benda tak dapat kat dia, tapi dapat kat orang lain, mula la dia rasa tak secure, itu tak cukup, ini tak cukup. Semedang tak cukup saje. Maka rugilah kita jika terus menjadi manusia import kerana hati yang tak bersih jauh daripada rezeki Allah.

Manusia eksport
Eksport = Bawa keluar / beri
Manusia eksport adalah kelompok manusia yang suka memberi. Bila kita eksport, apa yang kita ada, kita beri pada orang lain supaya sama-sama dapat manfaat. Manusia eksport ni selalunya murah rezeki. Sesuai dengan riwayat " Maka siapa yang memperbanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah akan memperbanyakkan baginya" (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.). Beruntunglah kita menjadi manusia eksport. * Tetiba sedar diri, rasa bersyukur sangat Allah beri nikmat berjumpa Herbalife. Mula-mula coach ajar tolong diri sendiri. Lepas tu kongsi & coach ayah lak. Then share dgn mak & adik-adik. Then share dengan kawan-kawan, jiran-jiran & stranger. Ya Allah... banyak betul kesempatan menjadi manusia eksport sepanjang bersama Herbalife. Thank you Allah. Panjangkan nikmat ini agar aku boleh membantu & memberi sentiasa!*

So, kat sini ingin menyeru diri sendiri & kawan-kawan semua marilah kita menjadi manusia eksport!


Wallahua'lam.

0 comments:

Catat Ulasan