Inspiring lose weight stories

Minum air hanya bila dahaga?

Salam...

Sekadar berkongsi cerita pengalaman menjalankan rundingan kesihatan bersama klien tengah hari tadi.

Berkisah hal pengambilan air dalam sehari. 

Saya: Berapa banyak air kakak minum sehari, kak?
Klien: Akak minum banyak air... 2 ke 5 gelas sehari.
Saya: Ha? Tak cukup tu kak!
Klien: Minum banyak-banyak nanti asyik ke toilet je kerjanya! Bila rasa dahaga, akak minum la.

Hanya mampu geleng kepala mendengar jawapan klien tadi.....

Selain klien saya ni, ramai lagi di luar sana berfikiran serupa. 
" Saya tak rasa dahaga. Jadi saya tak minum air la."
Statement yg klise.

Soalnya sekarang...
Adakah kita perlu minum air semata-mata kerana menghilangkan rasa dahaga?
  Atau....
Kita minum kerana fungsi fisiologi badan & kesihatan tubuh kita sendiri?
Mana lebih utama?

Tahukah anda fakta unik tentang air yang dapat membantu menurunkan berat badan?


1. Air membantu mengawal suhu badan.
Suhu badan optimum bagi manusia ialah pada 370C.Pada suhu ini, aktiviti fisiologi badan seperti tindakan enzim pencernaan berlaku pada kadar yang paling maksimum. Air membantu mengawal dan mengekalkan suhu badan yang optimum. Lebih banyak anda minum air sehari, suhu badan anda sentiasa optimum dan proses fisiologi badan anda berjalan lancar!

2. Air medium pengangkut bahan buangan tubuh
90% daripada plasma darah manusia terdiri daripada air. Ini kerana kebanyakkan bahan buangan tubuh seperti urea dan uric acid larut di dalam air. Maka, lebih banyak air anda minum sehari, lebih banyak bahan buangan dapat diangkut keluar dari tubuh anda melalui air kencing.Kerap ke toilet membuang air kecil sebenarnya satu petanda yang sihat untuk tubuh anda.

3. Air sumber lembapan tubuh
Air adalah bahan utama penghasilan lembapan tubuh yang penting untuk mengekalkan fungsi badan. Air penting dalam penghasilan mucus (bendalir tubuh) pada hidung & paru-paru bagi memastikan resapan gas oksigen & karbon dioksida berlaku dengan cekap. Air juga penting dalam penghasilan air liur  bagi memulakan proses pencernaan makanan di mulut.

4.  Air sebagai pelarut nutrisi sel-sel tubuh anda.
Nutrisi makanan yang anda makan diangkut di dalam plasma darah. Air dalam plasma darah menjadi pelarut kepada nutrisi makanan. Setelah larut, nutrisi ini diangkut ke bahagian tubuh yang memerlukan. Amalan minum air yang cukup setiap hari, membantu pengangkutan khasiat makanan yang diperlukan tubuh anda!

Terjawab sudah...
Minum air yang cukup setiap hari bukanlah semata-mata melepaskan dahaga. Ia penting untuk memestikan fungsi badan dapat berlaku dengan optimum.

Eat healthier, Live longer!

0 comments:

Catat Ulasan