Inspiring lose weight stories

Setiap hari kita hidup dengan membuat pilihan.

Bismillah....

Sedarkah kita bahawa dalam kehidupan kita sehari-hari kita sebenarnya membuat pilihan?
Nak beli baju merah atau baju biru?
Nak minum shake atau makan nasi ayam?
Nak pergi event Herbalife atau nak pergi kenduri?
Nak ke kanan atau ke kiri?
Nak jadi rajin atau bermalas-malas?
Semuanya tentang membuat pilihan...

Pernah tak kita fikir apa cara terbaik untuk memohon agar kita sentiasa melakukan pilihan yang tepat di sepanjang hari kita walaupun pilihan itu kecil & kadang-kadang sering kita anggap remeh...?

Sedarkah kita walaupun pilihan yang perlu kita buat itu remeh, contohnya "mahu makan nasi atau mee?", tapi sebenarnya pilihan itu membawa makna yang besar kepada kehidupan kita. Mungkin dengan memilih makan nasi, kita terhindar dari sakit perut. Siapa lagi yang Maha Mengetahui yang mana pilihan paling baik untuk kita? Tentu sekali jawabnya Allah.


So, wajarlah sekiranya kita mengerjakan solat sunat istikharah setiap hari. Kita mohon padaNya, agar kita diberi petunjuk agar setiap pilihan kecil & besar yang kita pilih adalah yang terbaik untuk agama, kehidupan & kesudahan kita.

Prof Muhaya ada berkongsi, lakukanlah solat sunat istikharah setiap hari kerana sepanjang hari kita, kita perlu melakukan pilihan tidak kira pilihan yang besar mahupun yang kecil.

Solat istikharah bukan sahaja kita dirikan sewaktu kita buntu dalam membuat pilihan yang besar dalam hidup. Amalkanlah solat istikharah setiap hari & berdoalah " Ya Allah, aku memohon petunjuk dari ilmuMu, jika pilihan yang aku buat sepanjang hari ini baik untuk agamaku, hidupku & matiku, Kau dekatkan & permudahkanlah. Jika pilihanku bukan yang terbaik bagiku Kau jauhkanlah..." Ameen.

Wallahua'lam

0 comments:

Catat Ulasan