Inspiring lose weight stories

Apa kata hati kita apabila diuji?

Perpisahan, kesulitan, kekurangan, kesempitan, kesedihan, kesakitan, kegagalan, kemiskinan, kepedihan... ujian yang Allah timpakan kepada makhluk yang bernama manusia. Apakah detik hati kita apabila diuji sebegini? "Apakah Tuhan sudah tidak mengasihani aku? Mengapa aku yang ditimpa kepayahan begini sedang aku sudah melakukan kebaikan?" Sedarkah kita siapa diri kita saat hati kita berdetik begitu?

Kita hanyalah HAMBANya. Layakkah kita mempersoal ketentuanNya? Seorang hamba tidak layak menyoal ketentuan Tuannya. Hamba hanya layak menerima setiap ketentuan Tuannya tanpa banyak soal. Ya... Hakikatnya kita hanyalah hamba Allah, sang Pencipta & Tuan pemilik kita. Maka mengapa kita banyak soal saat ditimpakan ujian olehNya? Sedang kita tidak punya hak berbuat begitu? Astagfirullah... Ampunkan hamba Ya Allah. Hamba banyak soal ketentuanMu pada hamba Ya Allah.

Kita selalu lupa kita milik Allah terutama saat kita diuji. Maka apa yang harus seorang hamba perbuat saat diuji? Perasaan diuji sering kali memeritkan....

Wahai hamba... Penciptamu lebih mengerti kamu yang diciptakanNya... Sahih bukan? Pencipta pasti lebih faham dan mengerti bahan @ makhluk ciptaannya. Kenalilah sang Penciptamu saat kamu diuji kerana Dialah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kamu makhluk ciptaanNya.

Kenalilah sifat Maha Pengasih Allah, Maha Mengetahui, Maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Luas ilmuNya. Sudah kenal baru datangnya cinta. Apabila sudah cinta, biar ujian datang melanda tetap merasa bahagia.

Orang yang kenal sifat kasih sayang Allah akan menerima ketentuan takdir Allah itulah yang terbaik buatnya. Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Sifat kasih & sayang sentiasa membuatkan kita mahu memberi yang terbaik kepada orang yang kita sayang bukan? Apatah lagi Allah yang MAHA Pengasih & Penyayang? Apabila kita  kenal Allah yang Maha Pengasih & Penyayang kita yakin setiap yang Allah tentukan adalah yang terbaik buat kita. Maka kita sebagai hamba tidak akan berburuk sangka pada Allah setiap kali diuji.. Yakinlah setiap kali diuji pasti ada hikmah yang belum @ tidak kita ketahui disebalik ujian itu. Hanya apabila kita sedar akan hikmahnya nanti barulah kita nampak kebaikannya..."Mujurlah Allah takdirkan begitu".

Saat diuji, nafsu dalam diri mula terseksa.Diri kita akan mula meronta-ronta untuk lepas dari ujian itu. Inilah masanya akal & hati akan terbuka. Kita akan mula menekan brek, memperlahankan langkah, inilah jalan kebaikan kerana nafsu yang selalu mengajak kepada jalan kejahatan telah tertahan. Apabila nafsu tertahan, manusa tidak terjerumus ke lembah dosa.

Tertahan dari jatuh ke lembah dosa mendidik hati hamba dekat dengan Penciptanya. Hati punya peluang dekat dengan agama, kepentingan akhirat dan cinta kepada Allah. Ujian umpama detergen (pencuci) hati daripada terus terdedah kepada kekotoran (dosa). Saat kita diuji kita sedang dibersihkan hati oleh Allah.

Maka.. bergembiralah saat kita diuji. Kerana itu tanda Allah sedang mengasihi dan melihat kepada kita. Beruntunglah orang yang diuji...  Sabda Rasullullah SAW "Barang siapa yang dikehendaki kebaikan buatnya, dia pasti diuji". Semakin besar ujian Allah untuk kita semakin besar jugalah kebaikan yang menanti. Maka katakanlah saat kamu diuji " Aku bukan tersisih, tetapi aku insan terpilih".



0 comments:

Catat Ulasan