Inspiring lose weight stories

Turun berat badan ibadah ke?

Salam semua...
Bagaimana ibadah puasa anda?
Pejam celik, pejam celik dah 8 hari kita berpuasa.
Pantas sungguh masa berlalu. 10 malam pertama Ramadhan hampir melabuhkan tirainya.Subhanallah....
Mudah-mudahan setiap ibadah yang telah kita lakukan sepanjang 8 hari Ramadhan ini niatnya kerana Allah.
Barulah mendapat ganjaran pahala & diterima olehNya.

Teringat pesan ustaz dalam tazkirah Ramadhan.
"Berpuasalah & beribadahlah kamu dengan niat ikhlas kerana Allah. Bukan kerana ikut-ikutan (Orang lain berpuasa, kita ikut berpuasa. Kenapa perlu berpuasa, tak pernah ambil tahu sebabnya). Berpuasalah & beribadahlah dengan berdasarkan ilmu. Kerana setiap perbuatan & ibadah tanpa ilmu adalah sia-sia." 

Mendalam mesej yang disampaikan. Bagi yang mahu mengambil iktibar la kan...
As muslim, sebenarnya tak susah pun menjadikan setiap pekerjaan yang kita kerjakan setiap hari ibadah.
Tak banyak pun syarat-syaratnya.
  1. Niat Lillahitaa'la
  2. Lakukan dengan ilmu.
  3. Lakukan dengan taqwa & ihsan.
InsyaAllah setiap pekerjaan kita akan dikira sebagai ibadah & dikurniakan ganjaran pahala olehNya.
Mudah bukan?

So, turunkan berat badan di bulan puasa ni pun boleh jadi ibadah la kiranya ya?
YA. Kalau kena dengan caranya.

Caranya semudah A, B, C.

A.Niat Lillahitaala: "Aku mahu menurunkan berat badan supaya aku lebih sihat. Aku lakukan kerana Allah." 
Tak salah niat ni... Allah sememangnya suka hambaNya yang tahu memelihara nikmat sihat.

B.Lakukan dengan ilmu:
1. Dapatkan nasihat & bimbingan daripada orang yang mempunyai ilmu tentang kesihatan.
2. Belajar daripada orang yang memelihara & mengamalkan amalan kesihatan yang betul & baik.
Orang kita ni... Rajin bertanya & belajar cara menurunkan berat badan. Betul dah usaha yang dibuat tu. Cuma yang tak berapa nak betul, orang yang ditanya tu orang yang salah. Kalu kita nak berjaya, kena la belajar & bertanya daripada orang yang dah berjaya. Baru dapat ilmu untuk berjaya. Nak berjaya, tapi belajar & bertanya pada orang yang 'fail', tentulah 'fail' jadinya! Serupa juga kalau nak turun berat badan. Kena la bertanya & belajar daripada orang yang dah turunkan berat badan & betul-betul pelihara & amalkan amalan kesihatan. Barulah dapat turunkan berat badan dengan jayanya!

C.Amalkan dengan taqwa & ihsan:
Niat dah cantik, Lillahitaa'la. Ilmu dah betul & tepat. Now, sampai la masa amalkan ilmu dengan taqwa & ihsan.


Taqwa- buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang
1. Makan berlebih-lebihan ketika berbuka - Allah larang- Tinggalkan
2. Makan makanan yang membawa kebaikan (bernutrisi, seimbang, halal) - Allah suruh - Buat
3. Minum air secukupnya supaya tidak mudarat kesihatan - Allah suruh - Buat


Ihsan- Lakukan setiap amalan kesihatan yang baik dengan sungguh-sungguh & wasatiah seolah-olah Allah sedang memerhatikan kita

InsyaAllah, usaha turunkan berat badan akan mendatangkan hasil + bonus pahala lagi!

Eat healthier, live longer







0 comments:

Catat Ulasan