Inspiring lose weight stories

Tenangnya hati apabila memahami bacaan dalam solat.


20 tahun aku bersolat....
Tapi tak pernah setenang perasaan ketika dalam solat maghribku semalam.

Alhamdulillah...Terima kasih Ya Allah...
Kau kurniakan aku gerak hati untuk berubah kepada yang lebih baik.
Aku terlalu bertuah kerana terpilih dicampakkan hidayah untuk mendekatiMu sebelum umurku semakin senja.
Kau campakkan hidayahMu itu ketika aku masih diberi kesempatan bernafas di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini...
Kuatkan hatiku & imanku Ya Rabb agar aku sentiasa istiqamah untuk terus berubah menjadi lebih bertaqwa kepadaMu.
Jangan Kau tarik nikmat hidayah ini daripadaku.

Ya Allah....
Indahnya bila kita faham erti Al-Fatihah yang kita baca berulang-ulang kali di dalam solat.
Tak dapat digambarkan rasa tenang itu.
Sukar diterang dengan kata-kata juga.

Dulu ustaz selalu pesan.
Solat yang khusyuk itu adalah doa.
Baru sekarang aku mengerti kata-kata ustaz itu.

Baru memahami erti Fatihah saja sudah buat aku menangis dalam solatku.
Terasa betapa aku ini makhluk Allah yang teramat kerdil & sangat bergantung kepadaNya.
Aku tak mungkin akan dapat hidup di muka bumi ini tanpa rahmat kasih sayang Allah.

Sekarang aku benar-benar mengerti apa itu solat yang khusyuk.
Sekarang aku benar-benar faham mengapa solat yang khusyuk dapat menghalang manusia daripada berbuat mungkar & mengingkari Allah.
Hanya dengan memahami erti bacaan dalam solat sahaja kita dapat merasakan diri kita ini hambaNya yang lemah & langsung tidak berhak mengingkari perintah-perintahNya.

Mari kawan-kawan...
Kita lapangkan hati
Kita fahami erti 7 ayat Surah Al Fatihah
Nescaya kita akan diizinkanNya merasa tawadduk.
InsyaAllah...

Makna ayat-ayat Surah Al-Fatihah:
1.Dengan nama Allah yang Maha Pemurah & Maha Mengasihani
2.Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.
3.Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4.Tuhan yang menguasai hari pembalasan.
5.Hanya Engkaulah yang kami sembah & meminta pertolongan.
6.Tunjukkan kami jalan yang lurus.
7.Jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai & sesat.
Perkenankanlah permohonan kami Ya Allah.
Amin...

Terlalu besar peranan Fatihah dalam hidup manusia bagi mereka yang mahu berfikir.
Renungkanlah kawan-kawan, Fatihah adalah munajat yang lengkap kita kepada Allah SWT.

Hayati Fatihah dalam solatmu pasti mengalir air mata keinsafan.

Mudah-mudahan luahan rasa ini memberi kebaikan untuk semua. Amin... 

0 comments:

Catat Ulasan